Thursday, August 14, 2008

Muhasabah Diri 1

Budaya cintakan Ilmu amat kurang dewasa ini. Kita sering berdepan dengan kedangkalan manusia untuk memacu kehidupan dengan dunia keilmuan secara rasmi atau tidak. Kita sering mengutamakan dalam kehidupan dengan perkara bersifat dunia. Sedangkan ianya tidak kekal dan akan hilang satu-persatu. Berbeza dengan ilmu yang kita patut/wajib utamakan kerana hasilnya akan dapat mengangkat martabat kita sebagai hamba, anggota masyarakat dalam negara dan akhirnya negara dalam dunia ini. Kita melihat kegagalan menjadikan diri berada dalam dunia keilmuan menyebabkan manusia sering terlupa dan lantas terjerumus ke dalam kehidupan yang tidak baik. Inilah hebatnya ilmu yang membezakan kita semua dihadapan Allah S.W.T.

1 comment:

Dwan said...

Kebejatan ilmu makin dirasakan,manusia berlumba-lumba mencari kemewahan dunia. Lagi menyedihkan ada dikalangan manusia yang meminggirkan dunia keilmuan kerana mengejar habuan dunia yang sedikit.