Friday, August 15, 2008

Muhasabah 2

Manusia adalah satu makhluk yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang berat dalam melaksanakan tuntutannya sebagai hamba di dunia ini. Namun masih ramai lagi yang tidak sedar atau separuh sedar atau sengaja tidak menyedarkan diri tentang peranannya dalam memenuhi tuntutan Allah ini. Bicaralah apa jua perkara dan masalah yang sedang dan akan manusia hadapi jika kita tidak kembali kepada fungsi sebenar kita manusia yang kerdil ini untuk dihantar ke muka bumiNya ini, maka kita akan gagal. Manusia gagal dalam berperanan menjadi khalifah[pemimpin] sehingga kita melihat kegagalan demi kegagalan yang berlaku sama ada dekat dengan kita mahu pun jauh. Tanpa perlu kita menunding jari antara sesama kita, ayuh kita merenung sejenak akan pernan dan fungsi kita sebagai manusia di dunia ini.

Thursday, August 14, 2008

Muhasabah Diri 1

Budaya cintakan Ilmu amat kurang dewasa ini. Kita sering berdepan dengan kedangkalan manusia untuk memacu kehidupan dengan dunia keilmuan secara rasmi atau tidak. Kita sering mengutamakan dalam kehidupan dengan perkara bersifat dunia. Sedangkan ianya tidak kekal dan akan hilang satu-persatu. Berbeza dengan ilmu yang kita patut/wajib utamakan kerana hasilnya akan dapat mengangkat martabat kita sebagai hamba, anggota masyarakat dalam negara dan akhirnya negara dalam dunia ini. Kita melihat kegagalan menjadikan diri berada dalam dunia keilmuan menyebabkan manusia sering terlupa dan lantas terjerumus ke dalam kehidupan yang tidak baik. Inilah hebatnya ilmu yang membezakan kita semua dihadapan Allah S.W.T.

Ahla' Ya Ramadhan

Asalamualaikum,
Salam Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi. Hari yang kita tinggalkan bukan percuma, ia akan dihitung satu persatu olehNya samada kita suka mahupun tidak.Marilah kita bersedia dengan kedatangan Ramadhan yang akan tiba. Fizikal[tubuh/kesihatan/pancaindera] dan Mental[sikap/pemahaman/pendirian/hati] agar ramadhan yang akan menjelang nanti tidak hanya berlalu sia-sia dan biasa seperti ramadhan yang lalu. Dicantas umur atau usia kita, maka semakin mendekat kita dengan Allah dan hari kematian. Alangkah malangnya manusia yang lalai dan leka ketika mana berlalu usia dengan percuma sedangkan usia yang percuma ini dibayar oleh Allah dengan ganjaran yang tidak terhingga banyaknya. Marilah kita menjadi hamba Allah yang hakiki dengan kita bulatkan tekad bahawa kedatangan ramadhan tidak lagi menjadi ramadhan yang lalu.Insya'allah.