Wednesday, September 3, 2008

Alangkah peritnya belajar Puasa Ramadhan

Asalamualaikum,
Catatan ini mungkin nampak mudah, tetapi mungkin sesuai dibaca oleh golongan yang sering mengabaikan perintah Allah ini. Farah Wardina adalah anak sulung yang baru cuba untuk belajar. Saat yang paling tidak mungkin akan dapat dilupakan ialah rintihan anak sambil merayu dan menangis untuk meminta segelas air kerana terlalu dahaga. Lebih memeritkan apabila anak sudah mula melihat tanda-tanda mulut dan bibir sudah kering, muka pucat, kemuncaknya ialah apabila dia sudah mula muntah. Ya Allah, kuatkanlah semangat hati anakku..inilah ucapan yang sering lafazkan dalam hati. Akhirnya setelah mengeluarka air mata dari pukul 3.00 petang sampai maghrib.Alhamdulillah, perkataan yang sering saya campakkan kepada anak pelajar iaitu tidak ada manusia yang mati kerana menunaikan puasa. Fikirkanlah....

Friday, August 15, 2008

Muhasabah 2

Manusia adalah satu makhluk yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang berat dalam melaksanakan tuntutannya sebagai hamba di dunia ini. Namun masih ramai lagi yang tidak sedar atau separuh sedar atau sengaja tidak menyedarkan diri tentang peranannya dalam memenuhi tuntutan Allah ini. Bicaralah apa jua perkara dan masalah yang sedang dan akan manusia hadapi jika kita tidak kembali kepada fungsi sebenar kita manusia yang kerdil ini untuk dihantar ke muka bumiNya ini, maka kita akan gagal. Manusia gagal dalam berperanan menjadi khalifah[pemimpin] sehingga kita melihat kegagalan demi kegagalan yang berlaku sama ada dekat dengan kita mahu pun jauh. Tanpa perlu kita menunding jari antara sesama kita, ayuh kita merenung sejenak akan pernan dan fungsi kita sebagai manusia di dunia ini.

Thursday, August 14, 2008

Muhasabah Diri 1

Budaya cintakan Ilmu amat kurang dewasa ini. Kita sering berdepan dengan kedangkalan manusia untuk memacu kehidupan dengan dunia keilmuan secara rasmi atau tidak. Kita sering mengutamakan dalam kehidupan dengan perkara bersifat dunia. Sedangkan ianya tidak kekal dan akan hilang satu-persatu. Berbeza dengan ilmu yang kita patut/wajib utamakan kerana hasilnya akan dapat mengangkat martabat kita sebagai hamba, anggota masyarakat dalam negara dan akhirnya negara dalam dunia ini. Kita melihat kegagalan menjadikan diri berada dalam dunia keilmuan menyebabkan manusia sering terlupa dan lantas terjerumus ke dalam kehidupan yang tidak baik. Inilah hebatnya ilmu yang membezakan kita semua dihadapan Allah S.W.T.

Ahla' Ya Ramadhan

Asalamualaikum,
Salam Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi. Hari yang kita tinggalkan bukan percuma, ia akan dihitung satu persatu olehNya samada kita suka mahupun tidak.Marilah kita bersedia dengan kedatangan Ramadhan yang akan tiba. Fizikal[tubuh/kesihatan/pancaindera] dan Mental[sikap/pemahaman/pendirian/hati] agar ramadhan yang akan menjelang nanti tidak hanya berlalu sia-sia dan biasa seperti ramadhan yang lalu. Dicantas umur atau usia kita, maka semakin mendekat kita dengan Allah dan hari kematian. Alangkah malangnya manusia yang lalai dan leka ketika mana berlalu usia dengan percuma sedangkan usia yang percuma ini dibayar oleh Allah dengan ganjaran yang tidak terhingga banyaknya. Marilah kita menjadi hamba Allah yang hakiki dengan kita bulatkan tekad bahawa kedatangan ramadhan tidak lagi menjadi ramadhan yang lalu.Insya'allah.