Friday, December 11, 2009

Tazkirah Hijrah siri 1

Tarbiah dan Dakwah - Maal Hijrah
Hari ini merupakan hari akhir kita berada di dalam tahun 1430. Beberapa hari lagi jika dipanjangkan umur, kita akan berada di tahun 1431. Seribu empat ratus yang silam, sejarah menyaksikan satu peristiwa agong di dalam Islam. Itulah peristiwa hijrah. Apabila kita membicarakan peristiwa hijrah ini, kita akan mengingati tiga perkara:-
1. Ia mengingatkan kita mengenai perjuangan Nabi. Susah dan payah kaum muslimin berhijrah. Tujuannya untuk kita mencintai Nabi, ahli keluarga dan para Sahabat. Hari ini, ramai orang yang lupa pada Nabi sehingga lebih mencintai perkara lain. Yang lebih malang, ada yang sanggup menghina Nabi.
2. Mengingatkan kita mengenai peningkatan umur, apakah setelah setahun keadaan kita sama sahaja sedangkan umur kita semakin meningkat. Semoga amalan kita meningkat seiring dengan umur kita. Amat rugi orang yang semakin meningkat umurnya amalannya sama sahaja. Lebih malang apabila amalannya semakin teruk, akhlaknya semakin teruk, ibadahnya semakin teruk, hubungan dengan Allah semakin jauh, keluarganya semakin porak peranda. Maal Hijrah ini menjadi batu ingatan kepada kita mengenai peningkata umur kita.
3. Ia juga mengingatkan kita mengenai muhasabah diri. Ada lapan peningkatan yang perlu kita buat setiap hari dan ketika. Di ketika kita menyambut Maal Hijrah ini, kita lihat, adakah lapan perkara ini telah kita tingkatkan.1. Peningkatan cinta pada Allah2. Peningkatan cinta pada Nabi3. Peningkatan cinta pada Agama4. Peningkatan cinta pada sesama Islam5. Peningkatan cinta pada ilmu6. Peningkatan cinta pada amal7. Peningkatan cinta pada akhlak8. Peningkatan cinta pada amar makruf dan Nahi mungkar
Lapan perkara ini yang Nabi terapkan ke dalam jiwa para sahabat ketika peristiwa hijrah. Kita tidak perlu berpindah ke Madinah bagi tujuan berhijrah, tetapi kita perlu berhijrah rohani dari keadaan lama kepada yang baru. Semoga niat baik kita diperbaiki oleh Allah.
....رضوان ابن عبدالله

Tuesday, December 8, 2009

Friday, November 27, 2009

Dah berlalu pinjaman Allah kepadaku selama 36...

Alhamdulillah...Ku panjatkan syukur yang tak terhingga kepadaNya. Terasa hidup ini sudah melepasi umur yang semakin mendekatkan diriku kepada Allah. Ya Allah, kuatkan semangatku untuk terus berjuang dalam hidup yang semakin mencabar. Limpahilah rahmah dan kasih sayang kepada bondaku yang memungkin untuk ku berada dan keberadaan keadaanku ini semuanya doa dari ibuku Siti Khadijah dan ayahanda Abdullah. Tentunya tanpa sokongan dan dokongan isteri tercinta Noor Zanariah dan anak-anak Wardina, Idham dan Iqbal. Abah doakan anak-anak abah menjadi manusia yang berguna.

Monday, October 26, 2009

مجليس احياء رمضان




Alhamdulillah,syukur Program Ihya' Ramadhan dapat dijalankan dengan sempurna.Terima Kasih kepada semua warga SK Damak yang telah memberi kerjasama yang sungguh baik.Semoga Allah membalas dengan setimpal...Amin


Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009

Ucapan ini khas untuk keluarga di Jerantut[Abah,Emak,Acai n keluarga, Ndek n keluarga, Atih n Keluarga, Pijah n Ilah.Juga buat keluarga di Tembeling[Long,Ngah,De,Kak Teh,Nor,Atan,Man,Hafiz,Munirah n Najwa....MAAF SEGALANYA
.....23A Taman Sri Damak 27030 Jerantut

Tuesday, September 1, 2009

Pantasnya Ramadhan....

Pantasnya Ramadhan..itulah perkataan yang aku boleh ungkapkan kerana ketika aku menulis ini Ramadhan telah bertarikh 12. Ya Allah, kehebatannya serta keagungannya terasa seakan-akan segera hendak berlalu dan meninggalkan kita. Persoalannya apakah kita sudah mengecapinya dengan sempurna atau hanya sekadar berlalu seperti ramadhan yang lalu..Ya Allah kuatkan hati dan semangat kami untuk menyempurnakan Ramadhan ini.....02/09/09..De Palma, Ampang

Sunday, August 9, 2009

Biasakan yang betul....Betulkan yang biasa

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
Oleh
Ridhwan Abdullah…Laman Rujukan
http://www.zaharuddin.net/

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.


Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Solat Terawikh datang lagi...

Ramadhan muncul lagi. Baru-baru ini aku menerima satu mesej melalui kawan tentang apa pandangan aku tentang bilangan rakaat solat terawikh. Antara 20 dan 8, manakah pilihan aku.
Sudah pasti ini bukan isu baru untuk aku. Setiap tahun, bila muncul Ramadhan, akan muncullah soalan-soalan ini. Maka jawapan aku kepada yang bertanya melalui sms itu ialah:

a) Aku akan ikut imam sampai habis. Sekiranya imam buat 8 rakaat, maka 8 rakaatlah yang aku buat. Jikalau imam buat 20, 20 jugalah yang aku buat.

b) Jika aku menjadi imam, aku akan memilih melakukan 8 rakaat.
Apakah alasan aku untuk turut bersolat bersama imam sehingga habis tak kira berapa rakaatkah yang beliau lakukan. Ini adalah kerana Rasulullah SAW pernah berkata:
إن الرجل إذا صلى مع الإِمام حتى ينصرف حسب له قيام الليلة
“Sesungguhnya seorang lelaki apabila mendirikan solat bersama imam sehingga selesai, maka dikira baginya solat sepanjang malam.” (Sunan Abu Daud:1375, hadith ini dinilai sahih oleh Shaikh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud).
Maka berdasarkan hadith inilah, aku membuat keputusan untuk mengikut imam sehingga habis tidak kira berapa rakaatkah solat terawikh yang beliau imami.
Dan apa pula alasan aku untuk lebih memberi keutamaan kepada 8 rakaat jika aku diberi peluang menjadi imam. Ini adalah berdasarkan hadith ‘Aisyah RA:
ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة
Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi tidak pernah menambah (bilangan rakat solat malamnya) pada bulan ramadhan dan bulan lain-lain lebih dari 11 rakaat.” (HR Al-Bukhari : 2013, Muslim :736).
Akan tetapi pemilihan aku kepada 8 rakaat ini tidak pula menjadikan aku untuk memerangi mereka yang bersolat melebihi 11 rakaat (termasuk 3 witir). Ini kerana wujud hadith daripada Ibn ‘Umar RA yang berbunyi:
سأل رجل النبي صلى الله عليه وسلم وهو على المنبر: ما ترى في صلاة الليل؟ قال: (مثنى مثنى، فإذا خشي الصبح صلى واحدة، فأوترت له ما صلى)
Seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: “Bagaimana cara solat malam?” Baginda menjawab: “Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir.” (HR al-Bukhari: 473).
Maka, bagi aku tidaklah sepatutnya kita bergasak sesama Islam dalam isu rakaat terawikh ini. Oleh kerana ada dalil bagi kedua-dua pihak, maka tak ada apa perlu digaduhkan.

Cuma, kita selalu lupa dengan adab-adab di dalam solat terutamanya solat terawikh ini.
Apakah adab-adab yang dilupakan itu dan dipandang ringan. Ini adalah hasil pemerhatian aku:

1) Membaca al-Quran dengan laju. Sedangkan Allah SWT berfirman: Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil (al-Muzammil 73:04).

2) Meninggalkan bacaan doa iftitah. Ini dapat dilihat apabila selepas mengangkat takbiratulihram, maka terus membaca surah al-Fatihah. Walaupun ia hanyalah sunat, kita hendaklah mencontohi bagaimana Rasulullah SAW bersolat.

3) Mengabaikan toma’ninah. Ini mungkin berlaku kerana mahu mengejar bilangan rakaat dan mahu cepat habis solat. Solat terawikh adalah solat istirehat, maka apa yang perlu untuk berlumba-lumba menamatkannya. Lakukan dengan tenang.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh meriwayatkan bahawa pada satu ketika pernah seorang lelaki bersolat di dalam masjid sambil diperhatikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila lelaki itu selesai bersolat, baginda menyuruh dia bersolat semula dengan bersabda: “Kembalilah bersolat kerana sesungguhnya kamu masih belum bersolat.” Hal ini berulang sebanyak 3 kali sehingga akhirnya lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahu bagaimana lagi untuk membetulkan solatnya. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar dia dengan bersabda: Apabila kamu berdiri untuk solat, bertakbirlah, kemudian baca daripada al-Qur’an apa yang memudahkan bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian berdirilah semula sehingga kamu tegak di dalamnya, kemudian bersujudlah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian duduklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah) dan lakukanlah sedemikian bagi keseluruhan solat kamu.” (HR al-Bukhari:757).

Di dalam hadith yang lain pula disebutkan: “Sempurnakanlah rukuk dan sujud kerana sesungguhnya perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya adalah seperti orang yang lapar, tidaklah dia makan kecuali satu atau dua biji kurma yang tidak mencukupkannya sama sekali (maksudnya – tidak mendapat apa-apa manfaat daripada solatnya).” (Musnad Abu Ya’la:7184. Di nilai sanadnya sebagai jayyid oleh Husain Salim Asad). 4) Tidak merapatkan dan meluruskan saf solat. Ini jelas kelihatan apabila masing-masing mementingkan kepentingan diri sendiri dan keselesaan diri di dalam solat jemaah. Sifat buruk ini membawa kepada pengabaian sunnah Rasulullah SAW di dalam hal saf solat jemaah ini. Bagaimana cara saf yang Nabi SAW ajar? Kata Nabi SAW: “Tegakkanlah shaff-shaff, sesungguhnya apabila kalian melaksanakannya, maka itu seperti shaf-shaf malaikat. Rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah, dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kalian, serta jangan biarkan ada celah untuk syaithan. Barangsiapa menyambung shaff, Allah akan menyambung hubungan dengannya. Barangsiapa memutuskan shaff, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya” (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasa’i; serta dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 620 dan Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 495).

Ramadhan kita....

Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.
Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.
Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)
Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.
Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ya ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)

13 ) Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Sekian,
Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua

Wednesday, July 22, 2009

ISRA’ MI’RAJ


1- PENGENALAN

Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis dan terus ke langit yang ke tujuh atas jemputan Allah S.W.T kepada kekasihnya Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W semata-mata menerima arahan dan perintah sembahyang – Rukun Islam yang ke dua.

Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malan Isnin 27 Rejab 11 Tahun kenabian, bersamaan 622 tahun Mishi. Nabi pada masa itu berusia 51 tahun. Baginda ditemani oleh Jibril, Mikail dan Buraq ( binatang syurga ). Dalam Perjalanan malam itu Baginda diperlihatkan kejadian yang menggambarkan umatnya yang mungkar dan yang membuat kebajikan. Dalam Mi’rajnya Baginda diketemukan dengan para nabi-nabi sebelumnya dan diperlihatkan syurga dan neraka serta penghuninya.

Peristiwa yang berlaku sebelum Isra’ dan Mi’raj Nabi.

1. Isteri Baginda Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.

- Nabi dipulau dan mendapat tentangan dari kaum Quraisy
- Nabi dicabar oleh pembesar-pembesar Quraish
melakukan perkara diluar kemampuannya
- Tahun tersebut merupakan tahun dukacita
2. Sebelum Nabi di Isra’ dan Mi’raj malaikat Jibril bersama Mikail membelah dada Nabi.
- Dicuci dengan air Zam-Zam
- Dimasukkan dengan Iman. Islam. Hikmah. Sabar. Berani dan Ilmu.

3. Setelah itu Allah mendatangkan Buraq sebagai kenderaan Baginda dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj tersebut

Dalam perjalanan. Nabi berhenti dibeberapa tempat dan solat dua rakaat:

a) Yathrib, sekarang Madinah
b) Madyan tempat nabi Musa bermunajat
c) Baitulaham tempat kelahiran nabi Isa A.S
d) Baginda sampai di Masjidil Aqsa solat
dua rakaat, menjadi imam kepada roh para ambia’. Jibril memberikan tiga gelas minuman yang berisi air anggur, madu dan susu. Baginda memilih susu.

Peristiwa yang diperlihatkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi disepanjang perjalanan Isra’ dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqadis..


PERISTIWA

IKTIBAR

1. Nabi dikejar oleh jin Aprit

2. Petani tidak habis-habis menuai hasil tanamannya

3. Nabi tercium bau wangi dari kubur Masitah dan anak-anaknya

4. Manusia terus menerus memecah kepala sendiri dengan batu

5. Manusia bercawat makan rumput, buah berduri dan bara api

6. Manusia makan daging berulat (busuk) walau pun disediakan daging yang elok

7. Manusia yang berenang dalam lautan darah dan nanah dan dilempar kepalanya dengan batu

8. Orang yang sedang berjalan dikait dengan kayu-kayu berduri

9. Sekumpulan manusia mengumpul berkas kayu lalu dipikul tapi ta’ mampu lalu ditambah lagi

10. Orang yang semasa hidupnya pandai sahaja bercakap tetapi tidak melaksanakannya

11. Orang yang semasa hidupnya suka mengata dan mengumpat orang lain

12. Orang yang semasa hidupnya suka bercakap besar dan takabur

13. Seruan orang Yahudi mengajak umat islam kepada mereka

14. Seruan orang Nasrani mengajak umat islam kepada mereka

15. Seruan mengajak umat islam cinta kepada kemewahan dan bersuka ria hidup di dunia

16. Godaan syaitan dan iblis yang cuba menyesatkan umat islam




2- PERJALANAN MI’RAJ


Setelah solat bersama roh para ambia’ dan malaikat, Allah turunkan tangga emas dari syurga sebagai laluan Nabi naik ke langit ditemani oleh Jibril.
Dalam perjalanan, Nabi bertemu:-

* Nabi Adam a.s di langit pertama
* Nabi Isa a.s dan Yahya a.s di langit kedua
* Nabi Yusuf a.s di langit ketiga
* Nabi Idris a.s di langit keempat
* Nabi Harun a.s di langit kelima
* Nabi Musa a.s di langit keenam
* Nabi Ibrahim a.s di langit ketujuh

Nabi dibawa melawat syurga, ramai penghuninya orang miskin harta.Nabi dibawa melawat neraka,ramai penghuninya orang perempuan.

Nabi sampai di Sidratul Muntaha

Sidratul Muntaha ialah distinasi terakhir yang boleh dilalui oleh Jibril. Jibril akan hangus terbakar sekiranya ia naik lebih tinggi dari tempat terakhir itu, justeru itu, Jibril mempersilakan nabi meneruskan perjalanan untuk bertemu Allah Subhanahu Wataala.

Di Sidratul Muntaha

Nabi bersua dengan sekumpulan orang yang wajahnya bersinar-sinar seperti cahaya. Mereka ialah orang-orang yang semasa hidup di dunia:Lidah dan hatinya sentiasa menyebut nama Allah. Sentiasa berulang - alik ke masjid kerana solat berjamaah, sehinggakan mereka merasa lebih berdukacita kerana tertinggal satu rakaat daripada berdukacita kerana hilang semua harta kekayaan dunia yang dia miliki dan sentiasa taat kepada ibu bapanya.

Nabi meneruskan perjalanan bertemu Allah tanpa ditemani oleh Jibril dan Mikail

Nabi memberi salam kepada Allah:
التحيات المباركات الصلواة الطيبات لله

Allah menjawab:
السلام عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته

Nabi menjawab:
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Setelah bermusyahadah dengan Allah, Nabi Muhammad S.A.W. menerima perintah mendirikan solat lima waktu sehari semalam sebagai Tiang Agama. Nabi kembali semula dan sampai ke Al – Masjidil Haram sebelum waktu subuh.

Penerimaan Kaum Arab terhadap peristiwa Isra’ Mi’raj

Peristiwa luar biasa yang berlaku pada diri Rasulullah pada malam itu benar-benar menjadi ujian kepada kaumnya. Para sahabat menerimanya dengan penuh keimanan sebagai satu mukjizat pada diri Rasulullah S.A.W. Tetapi bagi orang kufur dan ingkar, ia dijadikan sebagai bahan untuk mempersenda baginda dengan berbagai-bagai penghinaan.


3- PENUTUP

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah bukti kekuasaan Allah yang Maha Agung untuk menguatkan lagi keimanan orang-orang yang beriman denganNya, dan betapa solat itu merupakan perintah Allah yang paling utama ke atas umatNya.

Abudullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) semasa berbicara tentang solat Baginda bersabda “ Pada hari kiamat solat akan menjadi cahaya (nur) kepada orang yang sentiasa memeliharanya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya maka tidaklah ada baginya cahaya, pembela dan penyelamat seksa, bahkan ia senasib dengan Firaun, Haman dan Ubai bin Halaf.

Hadith riwayat Ahmad dan At Tabrani.

Solat juga menjadi amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah dihari Akhirat kelak sebelum amalan-amalan yang lain.

MANUSIA YANG BERJAYA DIHISAB AMALAN SOLATNYA
AKAN BERJAYA DIHISAB PADA AMALAN LAINNYA
DAN BEGITULAH SEBALIKNYA.
والله اعلم

Tuesday, July 14, 2009

Ahla Ya Syaaban....

Ketika aku menulis warkah ini...kita sebenarnya sudah semakin berada di penghujung bulan Rejab..Allah pantasnya masa yang kita sedari sudah pun menghampiri kita kepada bulan yang agung iaitu Ramadhan.Persoalannya apakah kita sudah bersedia dengan kedatangan bulan yang hebat dan agung ini...Persediaan tentulah bukan hanya fizikal tetapi juga mental dan ilmu...Janganlah kita jadikan ramadhan yang akan tiba nanti sama sahaja dengan ramadhan yang lalu...dan tentulah lebih malang lagi jika ramadhan yang akan kita tempuhi[Insyaa Allah] nanti lebih teruk daripada ramadhan yang lalu...Fikir dan hayati

Saturday, July 4, 2009

Ada rezeki...Inysa Allah

Jangkaan hujung bulan 7 ini akan menjadi warga Damak. Semoga segala urusan berjalan lancar walaupun semakin sibuk dengan tugasan. 6 hingga 8 kena ke Kuala Terengganu pulak. Projek dengan Sir Tauhid and Zaini dah hampir siap...Alhamdulillah.

Wednesday, July 1, 2009

Rumah di 23A Taman Sri Damak....

Alhamdulillah setakat ini proses kemaskini terakhir sedang rancak..semoga dapat dihuni sebelum menjelang ramadhan. Rasa teruja nak duduk rumah sendiri. Hampir sepuluh tahun menghuni rumah kerajaan dan hampir tiga tahun lebih menyewa...ohh bebannya membayar sewa ruman..setakat ini dah memberi 3 buah motor EX5...TQ very much for Sir Tohid and Zaini membantu dalam kerja-kerja kemaskini yang terakhir.....Semoga Allah membalas yaumil mahsyar..AMIN

Tuesday, June 30, 2009

Ahlan ya Rajab...

Ya Allah....pantasnya masa, terasa baru sahaja melalui Rajab yang lalu. Kita sedar atau tidak, suka atau tidak Allah masih lagi memberi ruang dan peluang kepada kita hambanya untuk bersedia dengan kedatangan tiga bulan yang hebat ini, bermula Rajab, syaaban dan seterusnya ramadhan. Soalnya sudahkah kita bersedia dengan kedatangan mereka...Ya Allah berilah kekuatan kepada kami...Amin.

Thursday, June 25, 2009

Mesyuarat Kawal mutu kurikulum P. Islam

Hari ini aku mesyuarat kat Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM dengan kawan-kawan Zamri, Wak, Zuraidi n Wahab. Menginap di homestay Bangi. Malam nanti makan satey Kajang. Petang ni nak gi Low Yat...

Monday, June 22, 2009

Antara Mangkuk, Madu dan Rambut

..dalam sebuah hadis yang panjang diceritakan pada suatu hari Rasulullah mengajak sahabatnya Saidina Abu Bakar, Omar, Othman untuk menziarahi anaknya Fatimah dan Saidina Ali . Bila sampai di rumah, lalu mereka dihidangkan dengan sebuah mangkuk yang cantik berisi madu dan kebetulan ada sehelai rambut di dalamnya. Maka Rasulullah meminta para sahabatnya mentafsirkan dengan didahului oleh baginda sendiri. Kata nabi, orang beriman itu lebih cantik daripada mangkuk itu, manakala iman itu lebih manis daripada madu tersebut dan menjaga iman itu lebih payah daripada menjaga rambut yang sehelai itu.......sambungan
SK Damak telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan bilik PPDa peringkat negeri Pahang tahun 2009. Alhamdulillah berkat usaha kuat dan gigih semua warga SK Damak. Sir Tauhid n Sir Saiful, kena teruskan kerja kuat sampai ke hujung Surau Al-Muflihun saya dihujung. Saya akan usaha dengan lebih gigih dengan teman2 GPI dalam surau.InsyaaAllah.

Sunday, June 21, 2009

Berakhirnya persekolahan adik-beradikku

Adik bongsuku telah ditawarkan masuk Matrik di Kuala Pilah. Alhamdulillah, syukur dengan tawaran itu, semoga dia mengambil peluang yang datang sekali sahaja dalam hidup untuk belajar dengan bersungguh-sungguh lagi...didoakan.Tahniah dari Abang Andak..

Friday, May 29, 2009

Komunis

Mungkin usiaku bukanlah selayaknya untuk mengulas isu komunis.Namun antara dua perasaan yang perlu dijaga dan diutamakan tentulah kita perlu membuat pertimbangan dari pelbagai sudut. Baik dan buruk kita juga yang akan hadapi.Namun dalam membuat pertimbangan,pelbagai kemungkinan yang timbul. Rasa marah, benci dan tidak puas hati pastikan akan menjelma dalam sanubari mana pihak pun. Allah mengajar kita mungkin suatu perkara yang amat kita sukai itu akan ada sesuatu disebaliknya, begitu jua jika ada perkara yang amat kita benci itu akan ada sesuatu disebaliknya.Fikir-fikirkanlah....