Friday, December 11, 2009

Tazkirah Hijrah siri 1

Tarbiah dan Dakwah - Maal Hijrah
Hari ini merupakan hari akhir kita berada di dalam tahun 1430. Beberapa hari lagi jika dipanjangkan umur, kita akan berada di tahun 1431. Seribu empat ratus yang silam, sejarah menyaksikan satu peristiwa agong di dalam Islam. Itulah peristiwa hijrah. Apabila kita membicarakan peristiwa hijrah ini, kita akan mengingati tiga perkara:-
1. Ia mengingatkan kita mengenai perjuangan Nabi. Susah dan payah kaum muslimin berhijrah. Tujuannya untuk kita mencintai Nabi, ahli keluarga dan para Sahabat. Hari ini, ramai orang yang lupa pada Nabi sehingga lebih mencintai perkara lain. Yang lebih malang, ada yang sanggup menghina Nabi.
2. Mengingatkan kita mengenai peningkatan umur, apakah setelah setahun keadaan kita sama sahaja sedangkan umur kita semakin meningkat. Semoga amalan kita meningkat seiring dengan umur kita. Amat rugi orang yang semakin meningkat umurnya amalannya sama sahaja. Lebih malang apabila amalannya semakin teruk, akhlaknya semakin teruk, ibadahnya semakin teruk, hubungan dengan Allah semakin jauh, keluarganya semakin porak peranda. Maal Hijrah ini menjadi batu ingatan kepada kita mengenai peningkata umur kita.
3. Ia juga mengingatkan kita mengenai muhasabah diri. Ada lapan peningkatan yang perlu kita buat setiap hari dan ketika. Di ketika kita menyambut Maal Hijrah ini, kita lihat, adakah lapan perkara ini telah kita tingkatkan.1. Peningkatan cinta pada Allah2. Peningkatan cinta pada Nabi3. Peningkatan cinta pada Agama4. Peningkatan cinta pada sesama Islam5. Peningkatan cinta pada ilmu6. Peningkatan cinta pada amal7. Peningkatan cinta pada akhlak8. Peningkatan cinta pada amar makruf dan Nahi mungkar
Lapan perkara ini yang Nabi terapkan ke dalam jiwa para sahabat ketika peristiwa hijrah. Kita tidak perlu berpindah ke Madinah bagi tujuan berhijrah, tetapi kita perlu berhijrah rohani dari keadaan lama kepada yang baru. Semoga niat baik kita diperbaiki oleh Allah.
....رضوان ابن عبدالله

Tuesday, December 8, 2009