Wednesday, July 22, 2009

ISRA’ MI’RAJ


1- PENGENALAN

Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis dan terus ke langit yang ke tujuh atas jemputan Allah S.W.T kepada kekasihnya Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W semata-mata menerima arahan dan perintah sembahyang – Rukun Islam yang ke dua.

Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malan Isnin 27 Rejab 11 Tahun kenabian, bersamaan 622 tahun Mishi. Nabi pada masa itu berusia 51 tahun. Baginda ditemani oleh Jibril, Mikail dan Buraq ( binatang syurga ). Dalam Perjalanan malam itu Baginda diperlihatkan kejadian yang menggambarkan umatnya yang mungkar dan yang membuat kebajikan. Dalam Mi’rajnya Baginda diketemukan dengan para nabi-nabi sebelumnya dan diperlihatkan syurga dan neraka serta penghuninya.

Peristiwa yang berlaku sebelum Isra’ dan Mi’raj Nabi.

1. Isteri Baginda Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.

- Nabi dipulau dan mendapat tentangan dari kaum Quraisy
- Nabi dicabar oleh pembesar-pembesar Quraish
melakukan perkara diluar kemampuannya
- Tahun tersebut merupakan tahun dukacita
2. Sebelum Nabi di Isra’ dan Mi’raj malaikat Jibril bersama Mikail membelah dada Nabi.
- Dicuci dengan air Zam-Zam
- Dimasukkan dengan Iman. Islam. Hikmah. Sabar. Berani dan Ilmu.

3. Setelah itu Allah mendatangkan Buraq sebagai kenderaan Baginda dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj tersebut

Dalam perjalanan. Nabi berhenti dibeberapa tempat dan solat dua rakaat:

a) Yathrib, sekarang Madinah
b) Madyan tempat nabi Musa bermunajat
c) Baitulaham tempat kelahiran nabi Isa A.S
d) Baginda sampai di Masjidil Aqsa solat
dua rakaat, menjadi imam kepada roh para ambia’. Jibril memberikan tiga gelas minuman yang berisi air anggur, madu dan susu. Baginda memilih susu.

Peristiwa yang diperlihatkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi disepanjang perjalanan Isra’ dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqadis..


PERISTIWA

IKTIBAR

1. Nabi dikejar oleh jin Aprit

2. Petani tidak habis-habis menuai hasil tanamannya

3. Nabi tercium bau wangi dari kubur Masitah dan anak-anaknya

4. Manusia terus menerus memecah kepala sendiri dengan batu

5. Manusia bercawat makan rumput, buah berduri dan bara api

6. Manusia makan daging berulat (busuk) walau pun disediakan daging yang elok

7. Manusia yang berenang dalam lautan darah dan nanah dan dilempar kepalanya dengan batu

8. Orang yang sedang berjalan dikait dengan kayu-kayu berduri

9. Sekumpulan manusia mengumpul berkas kayu lalu dipikul tapi ta’ mampu lalu ditambah lagi

10. Orang yang semasa hidupnya pandai sahaja bercakap tetapi tidak melaksanakannya

11. Orang yang semasa hidupnya suka mengata dan mengumpat orang lain

12. Orang yang semasa hidupnya suka bercakap besar dan takabur

13. Seruan orang Yahudi mengajak umat islam kepada mereka

14. Seruan orang Nasrani mengajak umat islam kepada mereka

15. Seruan mengajak umat islam cinta kepada kemewahan dan bersuka ria hidup di dunia

16. Godaan syaitan dan iblis yang cuba menyesatkan umat islam




2- PERJALANAN MI’RAJ


Setelah solat bersama roh para ambia’ dan malaikat, Allah turunkan tangga emas dari syurga sebagai laluan Nabi naik ke langit ditemani oleh Jibril.
Dalam perjalanan, Nabi bertemu:-

* Nabi Adam a.s di langit pertama
* Nabi Isa a.s dan Yahya a.s di langit kedua
* Nabi Yusuf a.s di langit ketiga
* Nabi Idris a.s di langit keempat
* Nabi Harun a.s di langit kelima
* Nabi Musa a.s di langit keenam
* Nabi Ibrahim a.s di langit ketujuh

Nabi dibawa melawat syurga, ramai penghuninya orang miskin harta.Nabi dibawa melawat neraka,ramai penghuninya orang perempuan.

Nabi sampai di Sidratul Muntaha

Sidratul Muntaha ialah distinasi terakhir yang boleh dilalui oleh Jibril. Jibril akan hangus terbakar sekiranya ia naik lebih tinggi dari tempat terakhir itu, justeru itu, Jibril mempersilakan nabi meneruskan perjalanan untuk bertemu Allah Subhanahu Wataala.

Di Sidratul Muntaha

Nabi bersua dengan sekumpulan orang yang wajahnya bersinar-sinar seperti cahaya. Mereka ialah orang-orang yang semasa hidup di dunia:Lidah dan hatinya sentiasa menyebut nama Allah. Sentiasa berulang - alik ke masjid kerana solat berjamaah, sehinggakan mereka merasa lebih berdukacita kerana tertinggal satu rakaat daripada berdukacita kerana hilang semua harta kekayaan dunia yang dia miliki dan sentiasa taat kepada ibu bapanya.

Nabi meneruskan perjalanan bertemu Allah tanpa ditemani oleh Jibril dan Mikail

Nabi memberi salam kepada Allah:
التحيات المباركات الصلواة الطيبات لله

Allah menjawab:
السلام عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته

Nabi menjawab:
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Setelah bermusyahadah dengan Allah, Nabi Muhammad S.A.W. menerima perintah mendirikan solat lima waktu sehari semalam sebagai Tiang Agama. Nabi kembali semula dan sampai ke Al – Masjidil Haram sebelum waktu subuh.

Penerimaan Kaum Arab terhadap peristiwa Isra’ Mi’raj

Peristiwa luar biasa yang berlaku pada diri Rasulullah pada malam itu benar-benar menjadi ujian kepada kaumnya. Para sahabat menerimanya dengan penuh keimanan sebagai satu mukjizat pada diri Rasulullah S.A.W. Tetapi bagi orang kufur dan ingkar, ia dijadikan sebagai bahan untuk mempersenda baginda dengan berbagai-bagai penghinaan.


3- PENUTUP

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah bukti kekuasaan Allah yang Maha Agung untuk menguatkan lagi keimanan orang-orang yang beriman denganNya, dan betapa solat itu merupakan perintah Allah yang paling utama ke atas umatNya.

Abudullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) semasa berbicara tentang solat Baginda bersabda “ Pada hari kiamat solat akan menjadi cahaya (nur) kepada orang yang sentiasa memeliharanya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya maka tidaklah ada baginya cahaya, pembela dan penyelamat seksa, bahkan ia senasib dengan Firaun, Haman dan Ubai bin Halaf.

Hadith riwayat Ahmad dan At Tabrani.

Solat juga menjadi amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah dihari Akhirat kelak sebelum amalan-amalan yang lain.

MANUSIA YANG BERJAYA DIHISAB AMALAN SOLATNYA
AKAN BERJAYA DIHISAB PADA AMALAN LAINNYA
DAN BEGITULAH SEBALIKNYA.
والله اعلم

Tuesday, July 14, 2009

Ahla Ya Syaaban....

Ketika aku menulis warkah ini...kita sebenarnya sudah semakin berada di penghujung bulan Rejab..Allah pantasnya masa yang kita sedari sudah pun menghampiri kita kepada bulan yang agung iaitu Ramadhan.Persoalannya apakah kita sudah bersedia dengan kedatangan bulan yang hebat dan agung ini...Persediaan tentulah bukan hanya fizikal tetapi juga mental dan ilmu...Janganlah kita jadikan ramadhan yang akan tiba nanti sama sahaja dengan ramadhan yang lalu...dan tentulah lebih malang lagi jika ramadhan yang akan kita tempuhi[Insyaa Allah] nanti lebih teruk daripada ramadhan yang lalu...Fikir dan hayati

Saturday, July 4, 2009

Ada rezeki...Inysa Allah

Jangkaan hujung bulan 7 ini akan menjadi warga Damak. Semoga segala urusan berjalan lancar walaupun semakin sibuk dengan tugasan. 6 hingga 8 kena ke Kuala Terengganu pulak. Projek dengan Sir Tauhid and Zaini dah hampir siap...Alhamdulillah.

Wednesday, July 1, 2009

Rumah di 23A Taman Sri Damak....

Alhamdulillah setakat ini proses kemaskini terakhir sedang rancak..semoga dapat dihuni sebelum menjelang ramadhan. Rasa teruja nak duduk rumah sendiri. Hampir sepuluh tahun menghuni rumah kerajaan dan hampir tiga tahun lebih menyewa...ohh bebannya membayar sewa ruman..setakat ini dah memberi 3 buah motor EX5...TQ very much for Sir Tohid and Zaini membantu dalam kerja-kerja kemaskini yang terakhir.....Semoga Allah membalas yaumil mahsyar..AMIN